Ketidakpastian
Manusia tidak boleh lari daripada perasaan tidak pasti. Ketidakpastian boleh datang daripada pelbagai penjuru.
Kita tidak pasti apa yang kita mahu.
Kita tidak pasti apa yang kita suka.
Yang lebih hebat, kita tidak pasti dengan apa yang kita tidak pasti.
Lumrahnya manusia pasti akan mencari sesuatu bagi mengurangkan ketidakpastian.
Jarang manusia mengambil sikap tidak endah atau memperbodohkan saja apa yang mereka tidak pasti. Manusia pasti akan mencari ikhtiar bagi mengurangkan ketidakpastian.
Logiknya, apabila ketidakpastian dapat dikurangkan, kefahaman dan penerimaan kita semakin baik.
Jujurnya, aku sedang mengalami pelbagai ketidakpastian. Pakar mengesahkan aku berada di tahap kedua tinggi, iaitu tidak pasti dengan apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengurangkan ketidakpastian. Tahap tertinggi ialah tidak pasti dengan apa yang kita tidak pasti. Ini kes-kes luar biasa hebat. Mujur aku masih sedikit selamat.
Tindakannya. Identifikasi dan terus mencari sebanyak mungkin jawapan bagi mengurangkan ketidakpastian. Oh! Ini dalam teori! Malangnya aku masih gagal mengaplikasi.
macam-macam.
Apakah yang dibisikkan malam? Tulikah aku atau berangan cuma?
Macam-macam.Iya.macam-macam.
Hidup sudah lari dari aturan yang biasa *apa kau takpuasa nak lari-lari masa puasa?
Tapi. Aku bukan atlet kategori lari-lari. Jadi.malas aku nak kejar. Larilah kau! Jauh-jauh!
Macam-macam.Iya.macam-macam.
Longgokan tugasan? Sekadar ada upaya menjeling. Bukan jenis jeling yang biasa. Tapi yang sedikit manja.
Timbunan baju-baju bersih dan kotor? Masih jeling lagi.*Ah belum cukup tinggi!
Macam-macam.Iya.macam-macam.
tiada tajuk…
Setelah sekian lama tertidur dalam kesedihan yang marah. Aku mula tersedar dan bangun.
Segar. Memang enak bila bangun dari pembaringan. Tapi lebih enak bila bangun dengan satu impian. Eh pembetulan. Sejujurnya.lebih enak bila bangun sambil membersihkan tahi mata dan mengesat-ngesat air liur basi! Cubalah kalau takpercaya.
.
Jadi.Mesejnya. Jangan gigih-gigih lepas bangun tidur terus nak mandi. Luangkan masa terlebih dahulu untuk melakukan perkara seperti diatas.
.
Entri ini tiada perkara khusus dan jelas yang ingin dibincangkan.Sekadar pelepas kantuk selepas lelah mengulang kaji pelajaran. Oh.aku belajar.dan yang lebih tepat aku pelajar cemerlang. Tapi seperti biasalah.aku bukan jenis yang suka-kecoh-kecoh tak menentu. Ah kembang? Puji diri sendiri pun boleh kembang? Bad.Bad. Patutlah nampak semakin berisi.banyak puji diri sendiri ni.
Hah! Automatiknya.jika mahu kurus. Kutuk diri sendirilah! haha. Teori baru! Mahu pattern kan dan cadangkan kepada pihak berkuasa tempatan.atau Makmal Sains? Takkisahlah. Yang penting.jangan siapa-siapa mahu menciplak teori ni.
.
p/s : Doakan saya untuk ujian esok! Dua kertas! huh
kebersamaan…
Iya.ini bertujuan membidas entri keakuan. Pelik? Biasalah.manusia memang jenis yang suka berubah-ubah.Bila emosi merajai diri.mulalah bertindak luar-paras-normal. Berapa paras normal? *Jangan banyak tanya boleh?
Biar sehebat manapun kau boleh berdikari. Engkau masih perlu bersama. Perlu. Atau sedikit masa nanti aku jadi mufti.aku ubah kepada wajib. Iya.wajib hukumnya.
Mudahnya.begini. Aku cabar siapa-siapa yang obses dengan prinsip keakuan ini.Hidup seorang diri sepenuhnya. Maksudnya.jangan berhubungan sedikitpun dengan yang lain. Beri respon pun jangan. Boleh? Selama 24 jam.
Kajian telah membuktikan. Seseorang yang hidup bersendirian selama tiga hari berturut-turut boleh jatuh sakit. Hoh! Teruk! Sampaikan seluruh anggota tubuh pun jadi takselesa dan kurang gemar bila kita bersifat keakuan.
Jadi.kali ni aku sudah tak terpaksa menerima pandangan orangbiasa perihal hidup bersama.
Jujurnya. entri ini dan entri keakuan ialah manifestasi luahan perasaan aku yang bosan dan rindu pada kawan-kawan. Sahabat-sahabat. Hoh. Rindu yang sungguh-sungguh.
Bila agaknya…
Entah bila agaknya aku dapat merasa seperti apa yang mereka rasa. Rasa yang ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Aku beritahu awal-awal.takut ada yang salahfaham.
Berbalik kepada isu tadi. Persoalan masa.Ah! Biarlah.lama lagi mungkin. Bersabar dan senyum.*ada emoticon senyuman ikhlas. Pakar-pakar IT lepasni sila buat emoticon senyum yang ikhlas sebab yang sedia ada.nampak sangat senyuman tu jenis dibuat-dibuat.bukan dari hati bak kata orang dulu-dulu.
Kali kedua. Kembali kepada topik asal. Bila agaknya aku mahu berubah. Ayat darjah enam! Tukar! Bila agaknya aku mahu berevolusi! *haaaa.baru nampak Bahasa Melayu Tahap Tinggi.
Disebabkan aku bukan siapa-siapa.Aku takberani menduga dan meneka-neka sedikit yakin. Tapi perlu aku ingatkan. Revolusi itu luarbiasa hebat! Sedikit pun ia tidak berkaitan dengan Bunkface. Jadi jangan mudah terpengaruh dengan Hedonisme. Sekian.
(emoticon ni tak ikhlaskan?)
Keakuan.
Jika kebersamaan itu lebih indah dari keakuan.mengapa aku rasa hidup ini lebih indah saat bersendiri dari bersama? Buktinya. Jam-jam begini.*Ah!bukan setakat jam ini saja. Jam-jam yang lepas juga seterusnya masih sama. Aku aman sendiri. Biarlah sunyi pun.sebab aku sudah semakin terbiasa. Kekerapan buat kita terbiasa. Logik mudah bukan?
Pandangan tipikalnya. Manusia saling memerlukan. Tapi kita bukannya tidak boleh berdikari. Kita bukan tidak boleh ada masa untuk diri sendiri.Boleh! Sangat boleh! Cuma komuniti manusia-mengada-ngada-kurang-yakin saja yang kerap fikir sebaliknya.
Tapi.aku bukan tegar dan cukup yakin dengan prinsip keakuan. Sebab kalau bersendiri pun.aku masih memerlukan kawan. (baca : kawan palsu). Mulalah aku menghidupkan yang tidak-tidak. Dinding selalu senyum. Komputer riba sombong! Bermuka begis lagi. Bulan baik hati. Talipon jenis membosankan. Dan banyak lagi.
Tapi.manusia memang saling memerlukan. Pandangan orangbiasa yang aku terpaksa terima. Memang terpaksa.
p/s : Mak cakap kalau ‘ter’ takjatuh hukum batal puasa.Huh. Nasib baik!
halusinasi bersama waktu…
Kalaulah pagi masih sudi, aku ingin bermesra dengannya. Berbual tanpa basa-basi walaupun ada sedikit air liur basi. Membelai manja dingin pagi dan membiarkan dia berlalu pergi walau berat rasa hati. Oh aku sempat mengenyitkan bulat mata! Sindrom gatal pada yang indah.
Tiba-tiba, datang pula tengah hari. Marah aku bercanda dengan pagi yang indah agaknya. Membakar segenap pelusuk bumi dan segala isinya. Titis keringat diarah keluar dari liang-liang yang ada. Sedikit terseksa tapi aku masih suka. Hipotesisnya, semakin banyak peluh terkeluar, semakin banyak lemak yang terbakar.Terima kasih bahang tengah hari! Tapi jangan lebih-lebih. Takut mapley sangka aku anak buah mereka nanti.
Petang. Aku belum pasti jantinanya. Harap-harap ia bergenetik XX. Kau mendamaikan dan selalu diluar jangka kotak pemikiran normal. Kadang-kadang emosi tak menentu. Kau lelehkan hujan panas yang boleh membawa sakit. Kadang-kadang amat budiman. Kau titiskan renyai hujan sambil ditiupkan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang sempoi! Tapi kita jarang berpeluang bersama (baca : aku tidur petang)
Matahari semakin merangkak pergi bila kau hadir. Senja. Cantik macam Ratu Cantik Dunia. Ah! Kau lagi cantik sebab pandai jaga aurat dan lebih sopan dari mereka. Kau kerap menayangkan pose-pose menarik. Tapi taklama. Sementara cuma. Ramai orang menghebahkan yang kau sombong. Tapi sedikit pun aku tak percaya. Aku tahu kau jenis eksklusif. Juga bukan jenis suka berlagak. Mungkin agak pemalu dan belum biasa dengan peminat.
Sang malam tampil penuh misteri.Jangan sesekali kamu cuba kaitkan dengan Misteri Nusantara. Aku tak suka. Banyak kisah dalam pekatnya gelap. Terlalu banyak sampai aku tak tahu mahu memilih mana satu. Sisi gelap atau terang? Tapi malam sinonim dengan sejuk. Sejuk yang bisa buat dia tegang. Oh bulu roma tegang waktu sejuk. Jangan fikir yang tidak-tidak. Apa-apa pun malam selalu menemaniku. Banyak kisah aku kongsi bersama malam. Tapi aku syak malam berjantina lelaki. Jadi aku tiada hubungan apa-apa dengannya melainkan sahabat baik.
emosi kacau…
ehem-ehem bunyinya…
Bilik. Tertutup semuanya. Pintu, tingkap, langsir. (bau kepam)
Otak? Tidak sama sekali. Gelisah memikirkan perihal itu dan ini.
Ragam manusia alam moden.
Kisah politik yang menjengkelkan.
Isu kemanusian yang tidak berkesudahan.
Oi! Muka minta pelempang Ustaz! Pembohong!
Tak. Aku belum cukup simpati dan empati untuk itu semua.
Memikirkan tentang diri sendiri tidak sudah-sudah.
Itu lebih baik dari apa-apa pun.
Kekasih?
Ah! aku bukan golongan bertuah untuk memilikinya.
Ok. Memang aku sedar diri. Tak mudah perasan.
Keluarga, sahabat dan kawan sudah memadai. Cukup memadai. Sumpah tak bohong.
Amat bahagia bergelar single. Apa jaminan aku lebih bahagia kalau bercouple? Tiada!
Komitmen.Hati.Masa.huh. Semua kena jaga. Diri sendiri pun tak terurus. Jangan menggila nak tambah beban dan lemak.
Oh lemak? Isu ni dah basi. Kes aku kerap kena sengat tebuan. Takpasal-pasal badan kembang. Jangan fitnah yang tidak-tidak. Aku pandai jaga pemakanan ya!
Kembali serius (ehem-ehem bunyinya) Dimana? Kekasih? Oh lupakan. Belum sampai seru lagi bak kata nenek.
