Skip to content

halusinasi bersama waktu…

August 2, 2010

Kalaulah pagi masih sudi, aku ingin bermesra dengannya. Berbual tanpa basa-basi walaupun ada sedikit air liur basi. Membelai manja dingin pagi dan membiarkan dia berlalu pergi walau berat rasa hati. Oh aku sempat mengenyitkan bulat mata! Sindrom gatal pada yang indah.

Tiba-tiba, datang pula tengah hari. Marah aku bercanda dengan pagi yang indah agaknya. Membakar segenap pelusuk bumi dan segala isinya. Titis keringat diarah keluar dari liang-liang yang ada. Sedikit terseksa tapi aku masih suka. Hipotesisnya, semakin banyak peluh terkeluar, semakin banyak lemak yang terbakar.Terima kasih bahang tengah hari! Tapi jangan lebih-lebih. Takut mapley sangka aku anak buah mereka nanti.

Petang. Aku belum pasti jantinanya. Harap-harap ia bergenetik XX. Kau mendamaikan dan selalu diluar jangka kotak pemikiran normal. Kadang-kadang emosi tak menentu. Kau lelehkan hujan panas yang boleh membawa sakit. Kadang-kadang amat budiman. Kau titiskan renyai hujan sambil ditiupkan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang sempoi! Tapi kita jarang berpeluang bersama (baca : aku tidur petang)

Matahari semakin merangkak pergi bila kau hadir. Senja. Cantik macam Ratu Cantik Dunia. Ah! Kau lagi cantik sebab pandai jaga aurat dan lebih sopan dari mereka. Kau kerap menayangkan pose-pose menarik. Tapi taklama. Sementara cuma. Ramai orang menghebahkan yang kau sombong. Tapi sedikit pun aku tak percaya. Aku tahu kau jenis eksklusif. Juga bukan jenis suka berlagak. Mungkin agak pemalu dan belum biasa dengan peminat.

Sang malam tampil penuh misteri.Jangan sesekali kamu cuba kaitkan dengan Misteri Nusantara. Aku tak suka.  Banyak kisah dalam pekatnya gelap. Terlalu banyak sampai aku tak tahu mahu memilih mana satu. Sisi gelap atau terang? Tapi malam sinonim dengan sejuk. Sejuk yang bisa buat dia tegang. Oh bulu roma tegang waktu sejuk. Jangan fikir yang tidak-tidak. Apa-apa pun malam selalu menemaniku. Banyak kisah aku kongsi bersama malam. Tapi aku syak malam berjantina lelaki. Jadi aku tiada hubungan apa-apa dengannya melainkan sahabat baik.

6 Comments leave one →
  1. rancho hensem permalink
    August 2, 2010 2:29 pm

    wahh… post yang lain dari yang lain.. menarik!
    mahu tiru kaedah ini dalam ’3idiots the second’. haha.. nantikan!

    budak sihat : Oi! apani? kreatif la sikit! buat gaya penulisan sendiri!

  2. rancho hensem permalink
    August 2, 2010 2:54 pm

    :)

    ya, gaya insyaAllah kreatif sikit.
    kaedah je sama.. :)

    budak sihat : oh! royalti? :)

  3. rancho hensem permalink
    August 2, 2010 2:56 pm

    motif? gaya saya okay.. awas minta royalti atas usaha orang lain!

    budak sihat : Oh! Manusia zaman sekarang. Kuat menindas. Ikut sukalah. Malas membantah.huh

  4. August 5, 2010 9:44 am

    Sebab tu saya suka bersama malam. Arghhhh. Hahaha.

    budak sihat : Oh.masih curang? Gatal!

  5. August 6, 2010 1:51 am

    Hah? Bernada jealous.

    budak sihat : Tak! Sedikit pun tak.

  6. nieza mohamad permalink
    August 7, 2010 1:35 pm

    gud!!penulisan yg amat baik!!truskan usaha dalam menulis!!anda berbakat!!heheh(terasa mcm wa ni seorg penulis spt norhayati berahim or ramlee awang murshid lagaknya!!)hehhhe

    budak sihat : haha.terimakasih! Tulislah jugak! :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.