Skip to content

Penunjuk Al-Quran

July 23, 2013

Imej

Mengaji dulu-dulu. Selalu pakai lidi. Cabut terus dari penyapu lidi. Lepas sekali dua disound ayah atas dua alasan ; (1) tak sopan tunjuk guna lidi penyapu, (2) penyapu lidi makin kurus, maka aku tukar pakai lidi cucuk sate terpakai.

Lidi cucuk sate terpakai memang multipurpose. Saat menunggu giliran mengaji depan ustaz, bau dulu lidi cucuk sate. Hilang lapar bila berimaginasi makan sate. Bau sate ayam wo! Bagi mengelakkan ramai yang cemburu, aku nekad membawa lidi cucuk sate yang bebas bau keesokkan harinya. Rendam dalam clorox semalaman, biar bersih ; hilang kesan minyak sate, hilang bau sate ayam.

Mengaji zaman kanak-kanak bukan sebetul-betul mengaji. Lebih kepada nak jumpa kawan, berborak, bersaing siapa khatam dulu. Main tak pernah nak cukup. Main cucuk-cucuk penunjuk al-Quran antaranya. Sampai satu tahap penunjuk lidi tidak lagi menjadi bahan mainan fizikal.

Pengalaman 15 tahun lepas, budak-budak perempuan ( juga budak lelaki perangai macam perempuan) pergi mengaji dengan penunjuk plastik lutsinar-berukir-cantik. Dalam tunduk mengaji sempat jeling berlagak dekat aku. Sengaja penunjuk plastik lutsinar-berukir-cantik digerak-gerak melampaui had. Saat tu, aku nampak wajah yang berkenaan persis monyet.

Malangnya, cantik penunjuk daripada pengguna. Mengaji tak tentu arah. Paling tidak aku belajar, penunjuk plastik lutsinar-berukir-cantik tidak punya kuasa magis. Tak jadi lancar dan sedap pun bacaan al-Quran kau. Lagi hilang fokus bila sibuk nak menunjuk. Aku bersyukur nafsu cemburu aku tidak melampaui batas 15 tahun yang lepas. Plastik lutsinar-berukir-cantik tidak berjaya menyihir jiwaku. Ha.

Oh aku pernah berpeluang pakai penunjuk aerial tivi. Boleh tarik panjang pendek. Wuuu.

Okay cukup merapu. Jom mengaji.

Imej

Ketidakpastian

November 16, 2010

Manusia tidak boleh lari daripada perasaan tidak pasti. Ketidakpastian boleh datang daripada pelbagai penjuru.

Kita tidak pasti apa yang kita mahu.

Kita tidak pasti apa yang kita suka.

Yang lebih hebat, kita tidak pasti dengan apa yang kita tidak pasti.

Lumrahnya manusia pasti akan mencari sesuatu bagi mengurangkan ketidakpastian.

Jarang manusia mengambil sikap tidak endah atau memperbodohkan saja apa yang mereka tidak pasti. Manusia pasti akan mencari ikhtiar bagi mengurangkan ketidakpastian.

Logiknya, apabila ketidakpastian dapat dikurangkan, kefahaman dan penerimaan kita semakin baik.

Jujurnya, aku sedang mengalami pelbagai ketidakpastian. Pakar mengesahkan aku berada di tahap kedua tinggi, iaitu tidak pasti dengan apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengurangkan ketidakpastian. Tahap tertinggi ialah tidak pasti dengan apa yang kita tidak pasti. Ini kes-kes luar biasa hebat. Mujur aku masih sedikit selamat.

Tindakannya. Identifikasi dan terus mencari sebanyak mungkin jawapan bagi mengurangkan ketidakpastian. Oh! Ini dalam teori! Malangnya aku masih gagal mengaplikasi.

macam-macam.

August 20, 2010
Apakah yang dibisikkan malam? Tulikah aku atau berangan cuma?

Macam-macam.Iya.macam-macam.

Hidup sudah lari dari aturan yang biasa *apa kau takpuasa nak lari-lari masa puasa?

Tapi. Aku bukan atlet kategori lari-lari. Jadi.malas aku nak kejar. Larilah kau! Jauh-jauh!

Macam-macam.Iya.macam-macam.

Longgokan tugasan?  Sekadar ada upaya menjeling. Bukan jenis jeling yang biasa. Tapi yang sedikit manja.

Timbunan baju-baju bersih dan kotor? Masih jeling lagi.*Ah belum cukup tinggi!

Macam-macam.Iya.macam-macam.

tiada tajuk…

August 16, 2010
Setelah sekian lama tertidur dalam kesedihan yang marah. Aku mula tersedar dan bangun.

Segar. Memang enak bila bangun dari pembaringan. Tapi lebih enak bila bangun dengan satu impian. Eh pembetulan. Sejujurnya.lebih enak bila bangun sambil membersihkan tahi mata  dan mengesat-ngesat air liur basi! Cubalah kalau takpercaya.

.
Jadi.Mesejnya. Jangan gigih-gigih lepas bangun tidur terus nak mandi. Luangkan masa terlebih dahulu untuk melakukan perkara seperti diatas.

.

Entri ini tiada perkara khusus dan jelas yang ingin dibincangkan.Sekadar pelepas kantuk selepas lelah mengulang kaji pelajaran. Oh.aku belajar.dan yang lebih tepat aku pelajar cemerlang. Tapi seperti biasalah.aku bukan jenis yang suka-kecoh-kecoh tak menentu. Ah kembang? Puji diri sendiri pun boleh kembang? Bad.Bad. Patutlah nampak semakin berisi.banyak puji diri sendiri ni.
Hah! Automatiknya.jika mahu kurus. Kutuk diri sendirilah! haha. Teori baru!  Mahu pattern kan dan cadangkan kepada pihak berkuasa tempatan.atau Makmal Sains? Takkisahlah. Yang penting.jangan siapa-siapa mahu menciplak teori ni.

.
p/s : Doakan saya untuk ujian esok! Dua kertas! huh

kebersamaan…

August 15, 2010

Iya.ini bertujuan membidas entri keakuan. Pelik? Biasalah.manusia memang jenis yang suka berubah-ubah.Bila emosi merajai diri.mulalah bertindak luar-paras-normal. Berapa paras normal? *Jangan banyak tanya boleh?

Biar sehebat manapun kau boleh berdikari. Engkau masih perlu bersama. Perlu. Atau sedikit masa nanti aku jadi mufti.aku ubah kepada wajib. Iya.wajib hukumnya.

Mudahnya.begini. Aku cabar siapa-siapa yang obses dengan prinsip keakuan ini.Hidup seorang diri sepenuhnya. Maksudnya.jangan berhubungan sedikitpun dengan yang lain. Beri respon pun jangan. Boleh? Selama 24 jam.

Kajian telah membuktikan. Seseorang yang hidup bersendirian selama tiga hari berturut-turut boleh jatuh sakit. Hoh! Teruk! Sampaikan seluruh anggota tubuh pun jadi takselesa dan kurang gemar bila kita bersifat keakuan.

Jadi.kali ni aku sudah tak terpaksa menerima pandangan orangbiasa perihal hidup bersama.

Jujurnya. entri ini dan entri keakuan ialah manifestasi luahan perasaan aku yang bosan dan rindu pada kawan-kawan. Sahabat-sahabat. Hoh. Rindu yang sungguh-sungguh.

Bila agaknya…

August 15, 2010

Entah bila agaknya aku dapat merasa seperti apa yang mereka rasa. Rasa yang ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Aku beritahu awal-awal.takut ada yang salahfaham.

Berbalik kepada isu tadi. Persoalan masa.Ah! Biarlah.lama lagi mungkin. Bersabar dan senyum.*ada emoticon senyuman ikhlas. Pakar-pakar IT lepasni sila buat emoticon senyum yang ikhlas sebab yang sedia ada.nampak sangat senyuman tu jenis dibuat-dibuat.bukan dari hati bak kata orang dulu-dulu.

Kali kedua. Kembali kepada topik asal. Bila agaknya aku mahu berubah. Ayat darjah enam! Tukar! Bila agaknya aku mahu berevolusi! *haaaa.baru nampak Bahasa Melayu Tahap Tinggi.

Disebabkan aku bukan siapa-siapa.Aku takberani menduga dan meneka-neka sedikit yakin. Tapi perlu aku ingatkan. Revolusi itu luarbiasa hebat! Sedikit pun ia tidak berkaitan dengan Bunkface. Jadi jangan mudah terpengaruh dengan Hedonisme. Sekian.🙂 (emoticon ni tak ikhlaskan?)

Keakuan.

August 15, 2010

Jika kebersamaan itu lebih indah dari keakuan.mengapa aku rasa hidup ini lebih indah saat bersendiri dari bersama? Buktinya. Jam-jam begini.*Ah!bukan setakat jam ini saja. Jam-jam yang lepas juga seterusnya masih sama. Aku aman sendiri. Biarlah sunyi pun.sebab aku sudah semakin terbiasa. Kekerapan buat kita terbiasa. Logik mudah bukan?

Pandangan tipikalnya. Manusia saling memerlukan. Tapi kita bukannya tidak boleh berdikari. Kita bukan tidak boleh ada masa untuk diri sendiri.Boleh! Sangat boleh! Cuma komuniti manusia-mengada-ngada-kurang-yakin saja yang kerap fikir sebaliknya.

Tapi.aku bukan tegar dan cukup yakin dengan prinsip keakuan. Sebab kalau bersendiri pun.aku masih memerlukan kawan. (baca : kawan palsu). Mulalah aku menghidupkan yang tidak-tidak. Dinding selalu senyum. Komputer riba sombong! Bermuka begis lagi. Bulan baik hati. Talipon jenis membosankan. Dan banyak lagi.

Tapi.manusia memang saling memerlukan. Pandangan orangbiasa yang aku terpaksa terima. Memang terpaksa.

p/s : Mak cakap kalau ‘ter’ takjatuh hukum batal puasa.Huh. Nasib baik!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,250 other followers