Skip to content

Penunjuk Al-Quran

July 23, 2013

Imej

Mengaji dulu-dulu. Selalu pakai lidi. Cabut terus dari penyapu lidi. Lepas sekali dua disound ayah atas dua alasan ; (1) tak sopan tunjuk guna lidi penyapu, (2) penyapu lidi makin kurus, maka aku tukar pakai lidi cucuk sate terpakai.

Lidi cucuk sate terpakai memang multipurpose. Saat menunggu giliran mengaji depan ustaz, bau dulu lidi cucuk sate. Hilang lapar bila berimaginasi makan sate. Bau sate ayam wo! Bagi mengelakkan ramai yang cemburu, aku nekad membawa lidi cucuk sate yang bebas bau keesokkan harinya. Rendam dalam clorox semalaman, biar bersih ; hilang kesan minyak sate, hilang bau sate ayam.

Mengaji zaman kanak-kanak bukan sebetul-betul mengaji. Lebih kepada nak jumpa kawan, berborak, bersaing siapa khatam dulu. Main tak pernah nak cukup. Main cucuk-cucuk penunjuk al-Quran antaranya. Sampai satu tahap penunjuk lidi tidak lagi menjadi bahan mainan fizikal.

Pengalaman 15 tahun lepas, budak-budak perempuan ( juga budak lelaki perangai macam perempuan) pergi mengaji dengan penunjuk plastik lutsinar-berukir-cantik. Dalam tunduk mengaji sempat jeling berlagak dekat aku. Sengaja penunjuk plastik lutsinar-berukir-cantik digerak-gerak melampaui had. Saat tu, aku nampak wajah yang berkenaan persis monyet.

Malangnya, cantik penunjuk daripada pengguna. Mengaji tak tentu arah. Paling tidak aku belajar, penunjuk plastik lutsinar-berukir-cantik tidak punya kuasa magis. Tak jadi lancar dan sedap pun bacaan al-Quran kau. Lagi hilang fokus bila sibuk nak menunjuk. Aku bersyukur nafsu cemburu aku tidak melampaui batas 15 tahun yang lepas. Plastik lutsinar-berukir-cantik tidak berjaya menyihir jiwaku. Ha.

Oh aku pernah berpeluang pakai penunjuk aerial tivi. Boleh tarik panjang pendek. Wuuu.

Okay cukup merapu. Jom mengaji.

Imej

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. July 23, 2013 4:31 pm

    Hahaha! Ada lagi. Lidi sate, lilit benang warna warni. Belakang biar berambu-rambu. 70 sen satu. Ohh.

    Menyampah dekat kawan yang jual tu. Sibuk amik order. Esok bawak tak bawa jugak yang orang order. Jual yang mana ada je. Buat penat aku berangan waktu nak order. Cis.

  2. badrishak permalink*
    July 23, 2013 4:52 pm

    Hahaha nampak sangat kau tak fokus mengaji. Heboh nak rambu-rambu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: