Skip to content

halusinasi bersama waktu…

August 2, 2010

Kalaulah pagi masih sudi, aku ingin bermesra dengannya. Berbual tanpa basa-basi walaupun ada sedikit air liur basi. Membelai manja dingin pagi dan membiarkan dia berlalu pergi walau berat rasa hati. Oh aku sempat mengenyitkan bulat mata! Sindrom gatal pada yang indah.

Tiba-tiba, datang pula tengah hari. Marah aku bercanda dengan pagi yang indah agaknya. Membakar segenap pelusuk bumi dan segala isinya. Titis keringat diarah keluar dari liang-liang yang ada. Sedikit terseksa tapi aku masih suka. Hipotesisnya, semakin banyak peluh terkeluar, semakin banyak lemak yang terbakar.Terima kasih bahang tengah hari! Tapi jangan lebih-lebih. Takut mapley sangka aku anak buah mereka nanti.

Petang. Aku belum pasti jantinanya. Harap-harap ia bergenetik XX. Kau mendamaikan dan selalu diluar jangka kotak pemikiran normal. Kadang-kadang emosi tak menentu. Kau lelehkan hujan panas yang boleh membawa sakit. Kadang-kadang amat budiman. Kau titiskan renyai hujan sambil ditiupkan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang sempoi! Tapi kita jarang berpeluang bersama (baca : aku tidur petang)

Matahari semakin merangkak pergi bila kau hadir. Senja. Cantik macam Ratu Cantik Dunia. Ah! Kau lagi cantik sebab pandai jaga aurat dan lebih sopan dari mereka. Kau kerap menayangkan pose-pose menarik. Tapi taklama. Sementara cuma. Ramai orang menghebahkan yang kau sombong. Tapi sedikit pun aku tak percaya. Aku tahu kau jenis eksklusif. Juga bukan jenis suka berlagak. Mungkin agak pemalu dan belum biasa dengan peminat.

Sang malam tampil penuh misteri.Jangan sesekali kamu cuba kaitkan dengan Misteri Nusantara. Aku tak suka.  Banyak kisah dalam pekatnya gelap. Terlalu banyak sampai aku tak tahu mahu memilih mana satu. Sisi gelap atau terang? Tapi malam sinonim dengan sejuk. Sejuk yang bisa buat dia tegang. Oh bulu roma tegang waktu sejuk. Jangan fikir yang tidak-tidak. Apa-apa pun malam selalu menemaniku. Banyak kisah aku kongsi bersama malam. Tapi aku syak malam berjantina lelaki. Jadi aku tiada hubungan apa-apa dengannya melainkan sahabat baik.

Advertisements

emosi kacau…

August 2, 2010
Dapatkah kau luangkan secebis rasa dari sudut hatimu untuk yang telah kehilangan, keseorangan dan kesepian ini?
Oh tidak? Sebab?
Kau terlalu mewah untuk dimiliki dan aku terlalu sampah untuk didekati?

ehem-ehem bunyinya…

July 11, 2010

Bilik. Tertutup semuanya. Pintu, tingkap, langsir. (bau kepam)

Otak? Tidak sama sekali.  Gelisah memikirkan perihal itu dan ini.

Ragam manusia alam moden.

Kisah politik yang menjengkelkan.

Isu kemanusian yang tidak berkesudahan.

Oi! Muka minta pelempang Ustaz! Pembohong!

Tak. Aku belum cukup simpati dan empati untuk itu semua.

Memikirkan tentang diri sendiri tidak sudah-sudah.

Itu lebih baik dari apa-apa pun.

Kekasih?

Ah! aku bukan golongan bertuah untuk memilikinya.

Ok. Memang aku sedar diri. Tak mudah perasan.

Keluarga, sahabat dan kawan sudah memadai. Cukup memadai. Sumpah tak bohong.

Amat bahagia bergelar single. Apa jaminan aku lebih bahagia kalau bercouple? Tiada!

Komitmen.Hati.Masa.huh. Semua kena jaga. Diri sendiri pun tak terurus. Jangan menggila nak tambah beban dan lemak.

Oh lemak? Isu ni dah basi. Kes aku kerap kena sengat tebuan. Takpasal-pasal badan kembang. Jangan fitnah yang tidak-tidak. Aku pandai jaga pemakanan ya!

Kembali serius (ehem-ehem bunyinya) Dimana? Kekasih? Oh lupakan. Belum sampai seru lagi bak kata nenek.

insan-buta-cinta-yang-benci-perselisihan.

July 10, 2010
Senyum.senyum dan senyum lagi. Usah bersedih hati.
.
Engkau sahabat. Sahabat yang sudah punya kekasih hati.
Aku? Belum.
.
Mahu meringankan beban?
Mahu berkongsi kisah?
Mahu buat tidak endah (baca :bodoh)?
.
Semuanya tak terdaya.
.
Cuma melihat dan bertanya sekadar yang boleh.
.
Aku bukan siapa-siapa mahu masuk campur.
Tambahan. aku bukan yang pakar.
.
Soal cinta dan kasih itu sulit. Amat peribadi.
.
Mudahnya. Itu lumrah alam bercinta.
.
Terkadang sedih. Ada masa kamu tak sekepala.
.
.
Ah! Aku siapa?
Menyibuk!
Belum cukup mengerti perihal itu dan ini.
.
Apa-apa pun.Harapnya.semua baik-baik belaka.
Sebab aku insan-buta-cinta-yang-benci-perselisihan.

tak logik!

July 4, 2010

Sedang enak duduk-duduk atas tilam sambil jari pantas menekan tetikus untuk like status kawan-kawan, pandangan aku tertumpu pada lapisan tayar atas perut.

Oh tidak! Menggelebeh? Hmmm. Tak logiklah aku dah gemuk. Ni mesti sebab tulang rangka yang menampung perut dah patah. Patutlah lenguh-lenguh badan tadi.huh

Nak minum Anlene lah. Cicah dengan biskut. Disulam dengan nasi goreng ayam. Biar tulang jadi sihat dan kuat! 🙂

Cik Nopadilah…

June 9, 2010
Pada suatu petang yang seperti petang-petang sebelum ini, aku duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton peti televisyen dengan kadar pertukaran siaran yang amat kerap. Ini bermaksud tiada rancangan menarik yang ditayangkan.
Sambil jari menekan butang alat kawalan jauh ikut suka hati, pandangan aku tertancap kearah bunyi motorsikal ayah.
Lebih pelik, ayah berada di hadapan aku, setia memandang siaran televisyen yang berubah-ubah.
Tiba-tiba, terpampanglah satu suasana ajaib di laman rumah.
Dengan senyuman melebar hampir ke telinga, mata bersinar riak dan reaksi penuh yakin, kelihatan Cik Nopadilah (adik bongsu aku) menunggang motosikal ayah.
Cis! Mahu berlagak sudah pandai bawa motor rupanya.
Yang paling menggelikan, sejurus dua pusingan berlegar-legar di laman rumah, Cik Nopadilah terus masuk dan duduk di ruang tamu. Cik Nopadilah tersipu-sipu dan seolah-olah menghantar telepati meminta dipuji.
Tapi, aku tegar buat-buat tidak mengerti. hahah.

ai hong…

June 7, 2010

Aku bangun pagi yang sudah tidak berapa pagi. Segera ke bilik air dengan wajah yang sedikit kusam.huh.

Ketika menuju ke bilik air, terserempak dengan minah indon si tukang cuci tandas. Dia memandang aku sambil tersenyum nipis. Sedikit mencurigakan.

Pelik. Adakah dia teruja melihat kecomelan aku yang hanya bertuala itu? Biarlah, malas memikirkan yang tidak-tidak.

Sejurus pulang dari bilik air, aku terkejut kerana sudah tertampal notis amaran dari pihak pengurusan kolej yang mengarahkan aku mengosongkan bilik dengan kadar yang segera.

Damn! Perbuatan aku ai hong ( tinggal secara haram) di kolej sudah diketahui. Dengan rasa marah bercampur sedikit gelabah, aku segera mengemas apa yang patut. Bukan takut, tapi malas mahu bersoal jawab dengan pengurus kolej. hahah.

Dalam kesibukkan mengemas itu dan ini, aku terbayangkan minah indon si tukang cuci. Aku syak ini angkara dia.

Patutlah dia tersenyum nipis memandang aku tadi. Rupanya dia sudah mengadu perbuatan terlarang aku kepada pengurusan kolej. Ini betul-betul tak betul! Cakap saja yang kau malas mahu membersihkan tandas yang sudah aku kotorkan.Senang.

Aku keluar dari bilik.  Minah indon si tukang cuci sudah berada di koridor dan aku sempat melempiaskan jelingan tajam kepadanya. Sambil hati lancar mengalunkan sifir carutan.

Sekian. Kini, aku sedang merangka pelan strategik mahu membalas dendam atas perbuatannya itu. Nantikan saja wahai minah indon si tukang cuci terlampau!